Penjual mi dipenjara perli menteri makan di restoran Salt Bae

Penjual mi dipenjara perli menteri makan di restoran Salt Bae

Seorang penjual mi di Vietnam yang membuat video parodi mengejek seorang menteri paling berkuasa dipenjara selama lima tahun enam bulan berhubung kesalahan menyebar propaganda anti-negara.

Lapor BBC, Bui Tuan Lam menjadi terkenal apabila menyiarkan video meniru gerakan chef selebriti Salt Bae yang berpangkalan di London dua tahun lalu.



Dalam videonya, Tuan Lam menabur bawang hijau di atas mi supnya seperti gay chef berasal dari Turkiye itu menabur garam pada hidangan stiknya .

Beberapa hari sebelum itu, rakaman Menteri Keselamatan, To Lam menikmati stik bersalut emas berharga 1,600 pound (RM9,131) di restoran chef tersebut mencetus kekecohan dalam talian.

Ramai rakyat Vietnam mengecam tindakan pegawai tinggi komunis itu yang memakan hidangan mewah dengan harga mahal melebihi gaji bulanannya sejurus selepas beliau melawat kubur Karl Marx di London.

Ekoran insiden itu, polis menyoal siasat Tuan Lam dan menutup gerainya, yang menjadi sangat popular selama beberapa hari selepas parodinya dimuat naik di laman sosial.



Lelaki itu dilaporkan ditahan sejak September lalu dan pasportnya turut disekat.

“Walaupun parodi Salt Bae yang terkenal tidak disebut, rasa malu kerajaan Vietnam terhadap video itu dianggap sebagai punca penahanannya.

“Walaupun pertuduhan adalah mengenai siaran Facebook yang lalu, tiada siapa yang patut tertipu,” kata Pegawai Human Rights Watch, Phil Robertson. Utusan

Penjual mi dipenjara perli menteri makan di restoran Salt Bae



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bunuh Skandal Sebab Hamil, Teman Wanita Sifatkan Suspek Seorang Yang Baik



Pelajar Ini Selamba Tanya PMX Bila e-Belia Akan Masuk (Video)

Hanya dua minggu kecapi bahagia sebagai suami isteri (Video)



Syatilla Melvin beri amaran kepada penyondol (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker