Walaupun prestasi AKSB teruk, MB Kelantan tetap pertahan saguhati RM10 ribu pada lembaga pengarah
Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob mempertahankan pemberian sagu hati Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kepada ahli-ahli lembaga pengarah dan kakitangan syarikat kerajaan negeri itu.
Menurutnya setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhak memberi sumbangan ahli lembaga pengarah.
“Saya lihat dari segi mana-mana GLC atau syarikat berhak untuk memberi apa-apa sumbangan kepada ahli lembaga pengarahnya.
“Jadi kemungkinan inilah (keputusan) yang diambil oleh AKSB, itu jawapan ambo (saya) doakan yang terbaik walaupun menghadapi masalah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu pemberian sagu hati Aidilfitiri oleh kakitangan AKSB termasuk ahli lembaga pengarah.
Dia berkata demikian selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kota Bharu, hari ini.
notis kelulusan pemberian sagu hati AKSB itu tersebar di media sosial sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak.
Berdasarkan notis itu ahli lembaga pengarah dipercayai seramai sembilan orang menerima sagu hati Aidilfitri RM10,000 setiap seorang, manakala setiausaha syarikat diberikan RM2,000 dan kakitangan sebanyak RM200.
AKSB menjelaskan pemberian sagu hati Aidilfitri yang diberikan itu bagi bagi membantu meringankan beban warga syarikat menyambut hari raya dan dibuat mengikut prosedur tadbir urus kewangan.
Sementara itu ditanya mengenai dakwaan wujudnya tunggakan bil elektrik AKSB bernilai RM35 juta, Ahmad berkata dia perlu merujuk perkara itu kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan.
“Itu saya terpaksa minta maklumat daripada pengurus besar dan pengerusi ahli lembaga pengarah AKSB,” katanya ringkas.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Permohonan lanjut perintah injunksi Syamsul ditolak
- Jihan Muse menafikan
- PAS yang sebenarnya miskinkan Kedah, Kelantan, Terengganu
- Mana nak lari, tetap kena kahwin
- Sharnaaz Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak
- Ahli politik Indonesia pukul, pijak perut isteri kedua yang sedang hamil
- Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
- Sokongan Umno akan terhakis jika pemimpin terus desak ahli sokong DAP, Isham beri amaran
- Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy
- Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi
- Datuk Roy, pegawai SPRM didakwa atas kesalahan berkait anak Muhyiddin
- Bergelut pertahan diri, wanita maut ditikam penceroboh
- Pembantu Rumah Dirantai Majikan Dalam Bilik Air
- Isteri naik hantu, rempuh suami dan penyondol rumahtangga
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan
You must be logged in to post a comment.