Restoran jadi tempat kanak-kanak bermain, wanita berang viralkan video

Tangkap layar sekumpulan kanak-kanak berlari dalam restoran.

Seorang wanita meluahkan rasa berang apabila suasana tenang ketika dia makan di sebuah restoran bertukar bingit disebabkan sekumpulan kanak-kanak yang berlari dan membuat bising.

Menerusi video yang dikongsi Suhaila di akaun TikTok miliknya memaparkan sekumpulan kanak-kanak berlari sekeliling kedai sehingga menganggu ketenteraman pelanggan di situ.

“Restoran dah jadi macam tadika dah,” katanya.

Suhaila menerusi ruangan kapsyen berkata, lebih menjengkelkan, keluarga kanak-kanak tersebut mengambil sikap tidak endah dengan kelakuan anak-anak mereka.

“Mak, ayah, atuk, nenek, semua ada tapi tengok saja. Kesianlah ‘customer’ lain nak makan,” ujarnya.

Tambahnya, dia menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengawal anak-anak di kawasan awam supaya tidak mengganggu ketenangan orang lain.

“Pengajaran buat diri sendiri dan ibu ayah yang datang bawa anak ramai tu kena pantaulah anak-anak jangan jadi macam ni.

“Kalau marah nanti kita juga yang bermasalah. Tapi kalau tak marahkan kesian pula dekat ‘customer’ lain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai situasi ini.

“Betul, mak ayah kena kawal anak-anak. Buatnya terlanggar orang bawa makanan, tak ke haru,” kata Lis Miranda.

“Sebab tu aku tak suka makan luar, anak-anak masih kecil. Rela bungkus makan dekat rumah,” ujar Karipap Sardin.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 300,000 tontonan dan 4,304 tanda suk

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker