Ejen Insurans didakwa rogol gadis dalam bilik hotel

Ejen Insurans didakwa rogol gadis dalam bilik hotel

SEORANG ejen insurans hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana merogol seorang gadis berusia 19 tahun, Jumaat lalu.

Tertuduh berusia 29 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, pagi ini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 pagi sehingga 8.30 pagi pada 19 Mei 2023.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf mencadangkan agar tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan, namun sekiranya mahkamah ingin membenarkan, beliau menawarkan agar tertuduh dikenakan jaminan yang tinggi.

Selain itu, Nursyuhada mencadangkan agar tertuduh tidak menghubungi dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan selain melaporkan diri di balai polis pada setiap bulan sebagai syarat tambahan jaminan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, S. Sathya memohon agar mahkamah membenarkan jaminan yang minimum kepada anak guamnya memandangkan tertuduh perlu menanggung ibu bapa yang sudah pencen.

“Tertuduh juga telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan sejak ditahan pada 19 Mei lalu. Justeru, saya memohon mahkamah membenarkan jaminan rendah kepada tertuduh,” kata peguam itu.

Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Siti Aminah turut mengarahkan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berdekatan sebanyak sekali pada setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan semula kes. Utv

Ejen Insurans didakwa rogol gadis dalam bilik hotel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker