Ulat tiket tak boleh lagi cari makan, kerajaan akan wujudkan akta khas
Kerajaan bercadang menggubal rang undang-undang baru untuk mengekang dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertindak sebagai ‘ulat tiket’.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub dan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata kedua-dua kementerian sedang meneliti semua aspek sebelum mencadangkan penggubalan undang-undang baru itu.
“Saya telah berbincang dengan Salahuddin dan memang pada waktu ini di Malaysia, kita belum ada undang-undang yang bersifat anti ulat tiket.
“Oleh sebab itu, kita akan teliti bersama dengan kementerian-kementerian lain yang mungkin menganjurkan aktiviti program yang ada aspek penjualan tiket sama ada secara atas talian atau pun tidak dan melihat apa peruntukan undang-undang yang perlu diwujudkan untuk mengelak masalah ‘scalping’ atau ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” kata Fahmi kepada pemberita di parlimen, hari ini.
Dia berkata demikian susulan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak bagi konsert Coldplay di negara ini pada November.
Mereka juga berkata bahawa cadangan kerajaan untuk mewujudkan akta itu akan memberi fokus kepada semua aktiviti lain yang melibatkan penjualan tiket secara besar-besaran.
“Kita juga maklum ada sesetengah negara lain yang akibat daripada insiden-insiden sama seperti di Amerika Syarikat dan Australia.
“Maka mereka juga mewujudkan undang-undang di negara masing-masing. Kita akan teliti kesesuaian dan pengalaman mereka sama ada langkah itu berjaya atau tidak,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.