PN bergantung kepada bekas pemimpin UMNO untuk menang PRN

Pengumuman 10 bekas pimpinan UMNO termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sedikit sebanyak mencuri perhatian masyarakat memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, angka tersebut bukan sesuatu yang muktamad dan berkemungkinan hanya merupakan satu taktikal mereka bagi menghadapi pihak lawan.

Jelas Mujibu, sekiranya jumlah yang diperkatakan adalah benar, ia mungkin tidak melibatkan bekas pimpinan yang berprofil tinggi.



“Menuju ke PRN yang melibatkan enam negeri ini, sebenarnya tidak terlalu ramai individu berpengaruh di kawasan dimenangi mereka seperti Annuar Musa.

“Kalau kita boleh katakan kemungkinan individu berkenaan termasuk bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar. Beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di kawasan dimenanginya sejak puluhan tahun.

“Bahkan, ramai ahli UMNO di Tanjung Karang berpotensi akan menyokongnya jika dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sekitar bekas Parlimennya itu,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau menambah, jika ditinjau dari sudut ramalan, bekas pimpinan UMNO yang dijangka menyertai PN boleh jadi terdiri daripada individu yang tidak dicalonkan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Jelasnya, antara bekas pimpinan itu berkemungkinan ialah bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Akan tetapi, jika dilihat, kedua-kedua individu ini berasal dari negeri yang tidak termasuk dalam PRN iaitu Johor dan Perlis. Jadi, nampak macam sukar kita nak sebut mereka ada kemungkinan menyertai PN.

“Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mustahil kerana sekiranya benar mereka ialah individu yang menyertai PN, boleh jadi mereka akan ditempatkan sebagai calon di negeri PRN seperti Negeri Sembilan,” kata beliau.

Sebelum ini Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan beberapa pemimpin politik yang mempunyai nama besar dengan sebahagian besar mereka daripada UMNO akan menyertai parti itu, Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi.



Katanya, nama mereka akan diumumkan pada awal Jun nanti.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker