Honda HRV cium pokok dipandu oleh remaja 14 tahun

Seorang remaja berusia 14 tahun di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya cium sebatang pokok lalu terbalik, lapor laman berita Suara.com.

Kemalangan itu berlaku ketika remaja tersebut cuba belajar memandu kereta Honda HRV itu di Jalan Bulo Pakoto, daerah Pinrang pada Jumaat lalu.

Rakaman memaparkan keadaan kereta yang terbalik dan rosak teruk selepas merempuh sebatang pokok.



Penduduk yang menyaksikan kemalangan itu segera membantu mangsa dan rakannya untuk keluar dari kereta.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akibi, kemalangan itu berlaku apabila remaja tersebut gagal mengawal keretanya sebelum ia berpusing dan terbalik.

Mangsa dan rakannya hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pinrang. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker