Polis berjaya gagalkan penyeludupan dadah methamphetamine hampir 1 tan

Polis menggagalkan cubaan menyeludup hampir satu tan metrik dadah jenis ‘ice’ atau kristal methamphetamine bernilai hampir 350 juta baht di Narathiwat, selatan Thailand.

Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang (waktu tempatan) pada 18 Mei, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai ‘runner’ dan anggota sindiket pengedaran dadah.

“Polis menahan sebuah pikap yang mencurigakan pada sekatan jalan raya dan menemukan dadah jenis kristal methamphetamine seberat 925 kilogram tersembunyi dalam kenderaan itu.



“Pemandu pikap itu ditahan. Siasatan awal, lelaki itu mendapatkan stok dadah di Bangkok sebelum menghantar ke Tak Bai di Narathiwat dengan upah 400,000 baht.

“Dadah itu dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya pada satu sidang media di sini.

Anuruth berkata polis turut merampas tiga buah kereta, lima buah motosikal dan barangan kemas serta menyita sebuah rumah dan akaun bank milik sindiket itu. –

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker