Separuh tasik dan takungan air terbesar di dunia mengering
WASHINGTON – Lebih separuh tasik dan takungan air terbesar dunia mengecil sekali gus mengancam jaminan air kepada manusia di masa hadapan, manakala perubahan iklim serta penggunaan tidak mapan punca utama ia berlaku, demikian menurut satu kajian kelmarin.
“Tasik di seluruh dunia berdepan masalah dan implikasinya begitu besar serta meluas. Apa yang menarik perhatian kami adalah 25 peratus populasi dunia tinggal di lembangan-lembangan tasik dan kawasan ini semakin mengecil,” kata seorang profesor dari Universiti of Colorado Boulder dan penulis bersama
kajian, Balaji Rajagopalan sambil menambah, kira-kira 2 bilion penduduk terjejas akibat masalah itu .
Tidak seperti sungai yang menjadi tumpuan ahli-ahli sains, tasik tidak begitu dipantau walaupun ia sangat penting kepada jaminan bekalan air, kata Balaji.
Bagaimanapun, bencana alam sekitar melibatkan sumber air yang besar seperti Laut Caspian dan Laut Aral memberi isyarat kepada krisis yang lebih besar.
Untuk mengkaji persoalan itu secara sistematik, pasukan yang disertai saintis Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Arab Saudi itu memeriksa 1,972 tasik serta takungan air terbesar dunia menggunakan pengimejan satelit dari tahun 1992 hingga 2020.
Mereka memberi tumpuan kepada sumber air besar kerana penelitian satelit yang lebih tepat di samping kepentingannya kepada manusia dan hidupan liar.
Berdasarkan gambar satelit Landsat, pasukan penyelidik itu dapat mengenal pasti bagaimana isipadu tasik berubah dalam tempoh hampir 30 tahun.
Hasil penelitian mereka mendapati 53 peratus tasik dan takungan air utama mengalami penyusutan kapasiti simpanan air pada kadar 22 gigatan setahun. Satu gigatan menyamai satu bilion metrik tan.
Sepanjang tempoh kajian, sebanyak 603 kilometer padu air telah hilang atau bersamaan 17 kali ganda simpanan air di Tasik Mead iaitu takungan air terbesar di AS.
Bagi mencari puncanya, pasukan itu menggunakan model statistik merangkumi trend hidrologi dan iklim untuk mengesan faktor alam semula jadi dan perbuatan manusia.
Untuk tasik semula jadi, sebahagian besar kehilangan isipadu air berpunca daripada pemanasan iklim dan penggunaan berlebihan oleh manusia.
Suhu yang meningkat akibat perubahan iklim bukan sahaja mendorong penyejatan tetapi boleh mengurangkan pengewapan air dalam atmosfera di sesetengah kawasan.
“Impak iklim mendominasi semua faktor lain,” kata Balaji.
Penulis utama kajian itu, Fangfang Yao menambah dalam satu kenyataan: “Banyak kesan perubahan iklim dan faktor manusia terhadap kehilangan air tidak diketahui sebelum ini seperti pengeringan Tasik Good-e-Zareh di Afghanistan dan Tasik Mar Chiquita di Argentina”.
Salah satu perkara mengejutkan adalah tasik di kedua-dua rantau basah dan kering di seluruh dunia kehilangan simpanan airnya. Ini menandakan bahawa paradigma ‘kering menjadi bertambah kering dan basah semakin basah’ yang digunakan untuk merumuskan bagaimana perubahan iklim menjejaskan
rantau-rantau tidak selalunya benar.
Kehilangan air dikesan di tasik tropika lembap di Amazon selain tasik di Benua Artik sekali gus menandakan trend ini lebih meluas berbanding jangkaan, manakala kehilangan kapasiti di loji-loji takungan air pula berpunca daripada pengumpulan mendapan atau sedimen .
Tasik air tawar dan loji takungan air menyimpan 87 peratus bekalan air bersih seluruh dunia, manakala strategi baharu untuk penggunaan air secara mapan dan mitigasi iklim perlu dicari segera.
Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Science. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika jarak 20 minit lagi untuk tawan puncak Everest
- Singapore Airlines umum bonus 8 bulan gaji untuk kakitangan
- Sami pembunuh kucing, bakar dan bunuh berpuluh ekor kucing
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey
You must be logged in to post a comment.