Aksi tumbuk menumbuk penyokong cemari aksi Perak vs Selangor

PERLAWANAN tumpuan Liga Super minggu ini terarah kepada pertemuan derbi ‘El Classico Malaya’ menemukan Perak FC menentang Selangor FC di Stadium Perak, pada Sabtu.

Perlawanan ini diibaratkan langit dan bumi antara The Bos Gaurus menentang The Red Giants, yang berakhir dengan kemenangan bergaya 4-0 berpihak pasukan pelawat.

Anak buah Tan Cheng Hoe terlebih dulu selesa memimpin separuh masa pertama 2-0 hasil daripada gol dijelmakan menerusi sepakan percuma Ayron del Valle pada minit ke-41 diikuti jaringan Faisal Abdul Halim minit ke-46.



Separuh masa kedua, anak buah Datuk Lim Teong Kim terus diasak pelawat yang menggandakan jaringan menerusi Mukhairi Ajmal pada minit ke-51 yang merupakan jaringan gol pertamanya dalam liga musim ini.

Selangor meneruskan tekanan ke atas tuan rumah apabila Ayron del Valle menambah gol kedua peribadi selepas menyudahkan hantaran lintang Nor Hakim Hassan minit ke-70 untuk gol keempat pasukannya.

Kemenangan Selangor menyaksikan Red Giants mengubati kekalahan 1-2 kepada Sabah FC di Stadium Likas dalam aksi terakhir.

Sementara itu, Perak gagal meneruskan momentum positif selepas menjinakkan Kelantan FC 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebelum ini.



Bagaimanapun, ‘El Classico Malaya’ kali ini dicemari insiden Royal Rumble segelintir penyokong Bos Gaurus dengan Reds Giants ketika perlawanan separuh masa pertama.

Insiden itu sempat dirakam wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang berlaku di tempat duduk penyokong apabila kelihatan sekumpulan penyokong tuan rumah menyerbu ke arah tempat duduk penyokong pasukan pelawat.

Insiden Royal Rumble tumbuk menumbuk penyokong-penyerang kedua-dua pasukan itu akhirnya berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker