META teruskan pemecatan pekerja minggu depan

 

SYARIKAT teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Agensi berita Sputnik yang memetik laporan VOX menyebut, gelombang ketiga akan berlaku minggu depan.



Perkara itu diumumkan Presiden Meta Hal Ehwal Global, Nick Clegg dalam mesyuarat agung syarikat pada Jumaat.

Pada mesyuarat itu katanya, pemecatan akan diteruskan sama seperti semasa April di mana 4,000 pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Pada Mac, Ketua Meta Mark Zuckerberg mengumumkan penamatan perkhidmatan dijangka pada akhir April dan Mei.

Kata Zuckerberg, Meta dijangka mengurangkan saiz pasukannya kira-kira 10,000 orang, selain menutup 5,000 jawatan yang tidak diisi.



Penamatan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada tahun kecekapan Meta yang diumumkan Zuckerberg.
Inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan prestasi kewangan bagi melaksanakan visi jangka panjang syarikat.

Produk Meta termasuk platform media sosial Facebook dan Instagram serta aplikasi pemesejan WhatsApp

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker