Tikus salai dari Vietnam berjaya dirampas
cubaan bawa masuk berjaya dipatahkan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat George Town semalam.
Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata tikus salai seberat 10 kilogram (kg) itu dirampas daripada seorang penumpang yang baru tiba dari Vietnam, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.
“Tikus salai itu berjaya dikesan dalam bagasi penumpang tersebut dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan kami merampas kesemua hasilan haiwan itu kerana tiada permit yang sah untuk mengimport. Kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
“Seperti kita maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya MAQIS, sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Babi hutan pun nampak macam British short hair – Rita Rudaini
- Janna Nick Pakai Seluar Putih Sampai Nampak Seluar Dalam
- Annuar Musa naif dan busuk hati, Dewan Merdeka telah jadi saksi kelangsungan titah Agong
- Hadiah Hari Guru: KPM umum 10 prakarsa termasuk program Cuti-cuti Cikgu
- Peminat hampir tidak percaya melihat Sharifah Aini buat persembahan [VIDEO]
- Juliana Evans trauma, macam kena langgar dengan bas
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak
- Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Ibu pengantin menangis apabila bekas kekasih menyanyikan lagu sedih dimajlis perkahwinan [VIDEO]
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET