Prestasi terburuk dalam sejarah sukan SEA, Menteri suruh tanya Shahidan Kassim

 

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari bertanya kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim terlebih dahulu sebelum memuat naik kenyataan di media sosial.

Ia susulan kenyataan Fadhli yang mencadangkan Hannah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim memohon maaf terhadap kegagalan Malaysia meraih 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023.



Kontinjen negara membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa sekali gus menamatkan edisi ke-32 di bumi Phnom Penh yang melabuhkan tirainya secara rasmi semalam pada kedudukan ketujuh keseluruhan.

“Cuma satu respons saya kepada Pas. Mereka harus bercakap dengan Shahidan Kassim sebelum komen di media sosial.

“Pergi baca berita tanya Datuk Seri Shahidan apa pendapat beliau mengenai Sukan SEA sebelum Pas buka mulut. Itu sahaja,” katanya pada sidang media pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) hari ini.

Sebagai rekod, Shahidan memegang portfolio sebagai Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MS).



Walaupun Malaysia berjaya menyapu bersih empat emas ditawarkan untuk acara terjun tetapi situasi berbeza bagi sukan renang yang kebiasaannya dianggap sebagai ‘lubuk emas’ buat kontinjen negara.

Daripada 39 emas ditawarkan untuk sukan itu, Malaysia hanya menang satu emas melalui Khiew Hoe Yean dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki.

Nasib sama turut menimpa sukan olahraga yang pada awalnya menyasarkan 10 emas tetapi cuma memenangi lima emas, tiga perak dan 11 gangsa.

Lima emas itu disumbangkan oleh Umar Osman (400m), Shereen Samson Vallabouy (400m), Grace Wong Xiu Mei (baling tukul besi), Andre Anura Anuar (lompat kijang) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera).



Esok, segala persoalan mengenai rangkuman prestasi barisan atlet negara di Sukan SEA Kemboja 2023 akan terjawab dalam sidang media dipengerusikan oleh Hannah di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak



‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’

Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker