Baru kahwin seminggu, wanita mengadu penat ‘urus’ suami

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan perasaan  seorang wanita yang mengaku penat untuk menguruskan rumah tangga meskipun baru seminggu berkahwin, lapor laman berita Merdeka hari ini.

Berdasarkan video dikongsikan seorang suami bernama Baihaki, isterinya dilihat menahan air mata sambil mengadu berasa letih.

Menurut wanita itu, sebagai  seorang yang baru berumah tangga, dia berasa amat sukar menguruskan kehidupan baharunya itu.



Kata si isteri, hidupnya banyak diuruskan oleh ibunya ketika bujang sehinggakan dia tidak perlu memasak apabila  lapar.

“Mengapa menangis? Penat ya?” soal Baihaki.

“Ya. Penat menguruskan orang lain kerana biasanya, ibu yang menguruskan saya. Sebelum ini,  bangun pagi pukul 11 pagi dan kalau mahu makan, makanan sudah tersedia di atas meja,” kata wanita berkenaan.

Baihaki cuba menghiburkan hati isterinya dengan memuji wanita tersebut.



“Nanti anda akan dapat membiasakan diri. Lagi menangis, lagi cantik. Senyum pun makin cantik,” kata Baihaki.

Kata-kata itu kemudian dijawab oleh isterinya sambil berkata: “Saya mahu tidur, jangan ganggu saya. Pergi masak makanan sendiri,” katanya sambil menangis.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Pada awal perkahwinan memang begitu, lebih kurang sebulan akan menangis kerana belum biasa menerima hakikat bahawa kehidupan sudah berubah,” kata seorang netizen.



“Baiknya si suami memahami keadaan isteri. Semoga saya juga mendapat suami yang begitu,” ujar seorang pengguna lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker