Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim

Beri Sumbangan RM15,000

Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000

Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000
Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000

Penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique gembira apabila dapat meraikan anak-anak yatim dan asnaf pada Majlis Raikan Syawal PTTI di Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia, Kajang, Selangor, kelmarin.

Hulur sumbangan

Iman, 21, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, penganjuran majlis itu sedikit sebanyak menceriakan hari penghuni rumah kebajikan memandangkan jarang-jarang berlaku.



Alhamdulillah, tahun ini PTTI membuat sesuatu yang istimewa dengan mengadakan majlis meraikan Syawal di rumah kebajikan terpilih. Tentu saja sambutan ini menggembiran adik-adik di situ. Jelas kelihatan keceriaan pada raut wajah masing-masing.

Kehadiran kami bukan saja ingin meraikan mereka, tapi PTTI juga turut menghulurkan sumbangan RM15,000 bagi meringankan kekurangan dan beban ditanggung pertubuhan ini.


Baca Artikel Menarik:

Bercinta dengan Nadhir Nasar, ini luahan Angel Dolla




Iman dan MK-Clique merupakan Duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI.

Nak tengok ramai berjaya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, fokus utama PTTI adalah untuk membantu lebih ramai orang.

Kami bukan saja membantu pelajar dalam menguasai pelajaran mereka, tapi keutamaan kami juga adalah ingin melihat lebih ramai anak bangsa kita berjaya. Sebab itu, di PTTI apa yang kita buat ini adalah bersifat menyeluruh.



Selain menekankan aspek pembelajaran, kami tentunya ingin membantu lebih ramai orang yang kurang berkemampuan. Saya percaya, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, insya-Allah.


Baca Artikel Menarik:

Emma Maembong ” tak koyak dan tak kena jahit”


Selain sumbangan, anak-anak yatim dan asnaf turut menerima duit raya dan pelbagai hadiah daripada PTTI.



Pada majlis sama, PTTI turut meraikan guru-guru PTTI sempena Hari Guru.

Pertubuhan Kebajikan Peribadi Mulia mempunyai 75 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 1 hingga 17 tahun dalam kalangan anak-anak yatim dan golongan asnaf.

Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker