PAS tolak pinangan DAP, mahu kekal ‘terjun’ bersama Abah

PAS akan kekal setia bersama Perikatan Nasional (PN) di sebalik pinangan oleh DAP untuk bekerjasama.

Timbalan presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Utusan Malaysia bahawa PAS tidak akan sekali-kali memungkiri janji dan berbohong kepada pengundi dengan meninggalkan PN setelah memilih bersama-sama komponen lain di bawah satu gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Tiada isu peribadi (terhadap DAP) melainkan kami kekal dengan janji kami kepada rakyat sewaktu kempen, dan kami tidak akan membohongi pengundi kami (tidak bersama PN),” katanya yang dipetik akhbar itu.



Menurutnya, PAS akan tetap bersama PN khususnya Bersatu dan mahu menjadi pembangkang yang konstruktif dalam Parlimen sebelum menjadi kerajaan.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan veteran DAP Lim Kit Siang agar kerajaan perpaduan bekerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanapun, Lim berkata Presiden PAS Abdul Hadi Awang perlu terlebih dahulu menghentikan permusuhan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mesti membuktikan keikhlasannya.

Sebelum ini, pertemuan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, Kelantan mencetuskan persoalan dan ada mengaitkan usaha itu sebagai hulur salam kerjasama antara pemimpin kerajaan perpaduan dengan PAS.



Malah Anwar menyatakan kerajaan sedia bekerjasama untuk menyelesaikan masalah air dihadapi Kelantan yang diterajui oleh PAS sejak berdekad lalu.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata, sekalipun tidak menerima peruntukan kerajaan pusat, PAS dan PN berusaha sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana menyifatkannya sebagai satu kewajipan dan amanah.

Tuan Ibrahim turut menyentuh mengenai penarikan rayuan kerajaan terhadap keputusan penting yang membenarkan seorang wanita Kristian di Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Katanya, kerajaan sepatutnya melaksanakan reformasi sebagaimana dilaungkan dengan membetulkan sistem yang ada dan mendukung Islam sebagai agama rasmi.



“Kami nyatakan desakan agar kerajaan mesti meneruskan rayuan penggunaan kalimah Allah dan melarang penggunaannya kepada bukan Islam agar kerajaan Persekutuan mesti selaras dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan,” tegasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Amalina Akhirnya Dedah Wajah Anak

‘Ex Founder’ Dedah Taktik Kotor ‘Geng Founder Pantai Timur’



Diva AA Berang Ada Individu Tiru Gaya Percakapannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker