Mawar Rashid sayang anak sama rata

MAWAR RASHID kian memahami makna menjadi seorang ibu. INSTAGRAM.

Pelakon Mawar Rashid kian mempelajari dan memahami erti sebenar seorang ibu setelah berkahwin dan memiliki dua orang anak tiri.

Mawar, 28, bersyukur kerana ketika awal perkahwinannya dengan suami iaitu Raf Yaakob, dia sudah diberikan nikmat untuk merasai pengalaman indah bergelar seorang ibu.

“Selamat hari ibu untuk saya. Ibu kepada lima orang anak. Tiga orang yang saya lahirkan dan dua orang yang rezeki Allah bagi daripada perkahwinan terdahulu suami.

“Rayyan dan Raysaa banyak bagi Mummy belajar untuk jadi seorang ibu. Dulu Mummy selalu tertanya adakah perasaan seorang ibu sebegini indah, perasaan bahagia dan sayang bersama anak,” katanya.



Dalam pada itu, aktres kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, persoalan yang terdetik dalam hati mengenai perasaan sebagai seorang ibu itu lebih difahami selepas dia melahirkan anak sulungnya, Muhammad Rafeal.

“Selepas saya sudah melahirkan Rafeal barulah saya mendapat jawapan.

“Ya perasaan yang sama. Bahagia dan sayang serta sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak semua,” katanya.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran status dalam laman Instagram miliknya sempena Hari Ibu yang diraikan pada Ahad lalu.



Menjengah ruangan komen, suami Mawar, Raff Yaakob sempat meninggalkan ucapan manis buat isterinya tanda menghargai dan menyayangi permaisuri hatinya itu.

“Awak memang terbaik. Setiap hari adalah Hari Ibu buat awak. Saya tidak memerlukan satu hari istimewa untuk menjadi lebih sweet dan baik kepada awak. Saya akan lakukan itu setiap hari sehingga ke akhir hayat,” tulis Raff.

Mawar Rashid dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.

Selain itu, Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker