Larangan laungan azan di surau kondominium Tanjong Tokong selesai

JMB kondominium Tri Pinnacle mohon maaf

 

Badan pengurusan bersama (JMB) kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam di negara ini ekoran isu tular berkaitan laungan azan di surau perumahan itu, baru-baru ini.

Pengerusi JMB kondominium Tri Pinnacle, Alex Low berkata, pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti mana dakwaan sesetengah pihak di dalam media sosial.



”Kami sama sekali tidak mempunyai niat untuk melarangkan laungan azan di Surau Saidina Umar, Blok A Tri Pinnacle. Saya secara peribadi, memohon maaf jika ada kata-kata dan ucapan saya menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

”JMB dan wakil Ahli Jawatankuasa (AJK) surau telah bermesyuarat dan berbincang mengenai hal ini dengan Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada 9 Mei lalu. Persetujuan telah pun dicapai dan masalah telah pun diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di kondominium Tri Pinnacle di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor dan wakil penduduk serta surau kondominium berkenaan.

Menurut Alex, pihaknya juga amat kesal dan kecewa kerana isu yang sepatutnya hanya menjadi perbincangan dalaman secara sulit telah disebarkan dan mewujudkan salah faham.



Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis sudah memanggil JMB kondominium itu dan pengurusan surau kondominium tersebut untuk diambil keterangan berhubung isu berkenaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker