Kereta bertembung treler, isteri terkorban suami parah

EADAAN kereta Proton Waja dinaiki pasangan suami isteri tersebut yang terlibat kemalangan dengan lori treler di Kilometer 43.5 Jalan Johor Bahru – Mersing, pagi tadi.

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan baja di Kilometer 43.5 Jalan Johor Bahru – Mersing, pagi tadi.

Mangsa, Masroha Ali, 37, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang dikenali sebagai Mohd Fazuan Abu Hassan, 38, mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 8.10 pagi.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dengan sebuah treler jenis Scania yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler gagal mengawal kenderaan dan termasuk ke laluan bertentangan iaitu laluan menghala ke Johor Bahru dan bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh pasangan suami isteri tersebut.

“Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan parah iaitu patah kedua-dua kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail manakala penumpangnya mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker