Disangka haiwan buruan, lelaki mati ditembak bapa saudara

 

Seorang lelaki tertembak anak sepupunya yang disangka haiwan buruan dalam kejadian di kawasan hutan simpan Ulu Sat, Machang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Muhammad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 39 tahun itu yang memberitahu tertembak mangsa menggunakan selaras senapang patah buatan sendiri semasa memburu sekitar jam 2 pagi.



Menurutnya susulan itu sepasukan pegawai dan anggota bergerak ke lokasi di belakang Pejabat Perhutanan Bukit Batu Tapong, Machang dan menemui mayat lelaki berumur 26 tahun.

Pihak polis turut menemui selaras senapang patah buatan sendiri serta sebutir kelongsong peluru penabur dan empat butir peluru penabur.

“Pihak polis juga telah buat rampasan pakaian yang digunakan semasa kejadian.



“Berdasarkan keterangan suspek, dia secara tidak sengaja telah tertembak si mati dengan menyangka si mati adalah binatang buruan. Mayat mangsa di bawa keluar dari kawasan kejadian dengan bantuan orang kampung dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaki berkata hasil semakan rekod ke atas suspek dan mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan/ seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

“Saspek akan dibawa ke mahkamah esok untuk ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker