Lelaki acu senjata api ke arah wartawan ketika siaran langsung

CHICAGO, ILLINOIS – Sebuah video tular memaparkan seorang lelaki mengacukan pistol ke arah wartawan yang sedang melaporkan berita mengenai keganasan senjata api menerusi siaran langsung, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketika kejadian, wartawan Fox News, Joanie Lum ketika sedang menjalani penggambaran segmen Good Day Chicago di tepi jalan raya sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada 25 Mei lalu.

Video segmen itu memaparkan Lum sedang membaca daripada notanya sambil bercakap mengenai isu kebimbangan yang semakin meningkat di bandar raya  itu berkaitan senjata api.



Seorang lelaki berjaket hitam tiba-tiba berjalan ke arah kamera dan mengeluarkan sesuatu yang kelihatan seperti senjata api di belakang Lum sebelum beredar.

Polis Chicago meminta orang ramai untuk mendapat maklumat bagi membantu mengenal pasti lelaki terbabit.

Suspek digambarkan dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun, berbadan kurus, tinggi kira-kira 167.6 hingga 176.7 sentimeter dan berat antara  57 hingga 63 kilogram.

Dia sebelum kejadian dilihat membeli minuman di sebuah kedai Starbucks.



Kejadian itu berlaku selepas insiden amukan senjata api di  Sekolah Rendah Robb, Texas yang mengorbankan 21 orang. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah



Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker