Sedia jumpa penyerang, Kamal Adli mahukan jawapan
KUALA LUMPUR – Masih dihantui trauma berdepan serangan yang nyaris membawa maut, Kamal Adli mengakui sedia ‘turun’ ke Singapura apabila dipanggil memberikan keterangan dalam perbicaraan di mahkamah.
Suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu bersedia mengenepikan perasaan takut semata-mata mahu mendapatkan kepastian mengenai punca diperlakukan dengan kejam si penyerang terbabit.
“Kalau diberi pilihan saya memang tak mahu pergi ke sana (Singapura) buat sementara waktu kerana masih belum hilang trauma.
“Tetapi kalau diperlukan, saya akan beri kerjasama. Sebagai mangsa saya memang mahu pelaku itu diadili dengan hukuman setimpal.
“Sewaktu dipukul, saya ada tanya sebab apa dan dia senyap. Kerana itu saya tidak puas hati dan polis pula tidak menjelaskan secara terperinci, cuma memaklumkan berkaitan isu peribadi.
“Saya hanya menunggu perbicaraan dan berharap dapat jawapan, adakah dia sendiri atau ada orang hantar untuk pukul saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli itu berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran program terbitan Astro, Mega Spontan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Pertama kali keluar berdepan media selepas berkurung hampir dua bulan di rumah, Kamal mendedahkan insiden tersebut turut menjejaskan kerjaya dan kehidupannya.
Luah Kamal lagi, dia terlalu takut apabila berada di tempat umum selain hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling.
“Saya tidak pernah rasa trauma sebelum ini, tapi bila terkena baru tahu rasanya bagaimana sampai jadi takut keluar rumah dan tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial.
“Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak berkurung di rumah. Saya pula jadi macam suri rumah, isteri keluar bekerja. Sepanjang dua bulan ini saya terpaksa lupakan beberapa tawaran kerja yang telah dipersetujui,” katanya.
Terdahulu, pada 13 Mac lalu Kamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura.
Bintang drama Selepas Terlepasnya Akad itu kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan.
Susulan kejadian tersebut, penyerang berusia 33 tahun itu dikenakan dakwaan di Mahkamah Negeri Singapura pada 14 Mac lalu atas tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman berkenaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengkhianatan ND Lala tidak dapat dilupakan – Isteri
- Ibu ceritakan yang sebenar isu anak berumur 6 tahun pandu keluar kereta
- Pakaian seksi selebriti Malaysia dah macam Hollywood (Video)
- Amelia Henderson masih mualafkah? Netizen cetus pertanyaan
- Ibu Syamsul Tak Tenang
- Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk
- Ira Kazar dipuji
- Pemberian projek KDN babit ‘Datuk Seri’, penafian Hamzah tanda goyang?
- FamilyMart Malaysia putuskan untuk henti jual minuman alkohol
- Shuib pertahankan tunang, henti bandingkan Watie dengan Sarah
- Lantikan politik di bawah Kementerian Mat Sabu terdiri daripada kalangan pemimpin PH
- Farid ceria bersama Fathia
- Baju Ada Kesan Air Mani, Boleh Solatkah?
- Madu saya bukan penyondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)
You must be logged in to post a comment.