Pencuri beg di masjid ditahan lagi kerana samun warga emas

Pencuri beg di masjid ditahan lagi kerana samun warga emas

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes kecurian beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi, di sini pada 26 April lepas.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang kelmarin, selepas terbabit dengan kes samun.



“Kira-kira 11.40 pagi semalam (kelmarin), suspek dipercayai menyamun seorang pesara kastam yang sedang memancing di saliran Sungai Budor. Suspek melarikan barangan milik mangsa dan melarikan diri bersama Proton Saga mangsa.

“Kira-kira 3 petang, sepasukan polis menangkap suspek yang bersembunyi di kawasan semak di Jalan Kampung Sungai Keladi, jaraknya lebih kurang 1km dari tempat kejadian. Kereta dan barangan milik mangsa turut dijumpai bersama suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rosdi berkata, hasil saringan air kencing mendapati penganggur itu positif methamphetamine.

“Siasatan turut mendapati suspek dikehendaki kerana terlibat mencuri beg seorang jemaah lelaki di Masjid Muhammadi,” katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan. FMT



Pencuri beg di masjid ditahan lagi kerana samun warga emas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker