Jangan sesekali letak Tony Pua calon PRN – Asyraf Wajdi

Jangan sesekali letak Tony Pua calon PRN – Asyraf Wajdi

UMNO mendesak DAP supaya tidak menyenaraikan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebagai antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili parti itu, jika mahu gabungan Kerajaan Perpaduan ini berkekalan.

Setiuasaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kenyataan Tony yang mendakwa Barisan Nasional (BN) sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup’ bagai ‘meludah ke langit, jatuh ke mukanya sendiri’.



“Saya sudah menghantar mesej protes kepada kepimpinan tertinggi DAP dan desak mereka untuk jangan sesekali meletakkan beliau sebagai calon dalam PRN akan datang jika mahu keharmonian gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini berkekalan.

“Lagipun beliau sendiri masih bermimpi di siang hari sehingga terlupa bahawa kerajaan hari ini bukan kerajaan PH tetapi kerajaan gabungan besar BN, Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan, yang di dalamnya terdiri daripada 19 parti politik.

“Apa yang diucapnya hanya menyerlahkan kedangkalannya sendiri,” katanya di Facebook beliau hari ini mengulas dakwaan Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, hakikatnya juga, rakyat tidak pernah lupa tindak tanduk beliau ketika di Kementerian Kewangan iaitu ketika kerajaan PH 22 mentadbir sebelum ini.



“Ketika kerajaan PH 22 bulanlah antara penyumbang utama hingga menyebabkan ekonomi dan kewangan negara yang hebat pada zaman BN memerintah dahulu, jatuh merudum hingga menyebabkan rakyat sengsara.

“Bahkan sehingga ke saat ini, walaupun lima tahun lebih berlalu pun ekonomi negara masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Malaysia tidak segemilang dahulu!,” katanya.

Pua dalam ucapannya itu tururt menyuarakan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri dalam kalangan komponen gabungan itu, tanpa membabitkan UMNO dan BN sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Untuk itu, katanya, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN. BH



Jangan sesekali letak Tony Pua calon PRN – Asyraf Wajdi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker