Opah jual jajan lejen di tiktok

Opah jual jajan lejen di tiktok

Jempol: Usia bukan penghalang buat warga emas di Felda Serting Hilir, di sini, menggunakan media sosial dengan bermanfaat sambil mencari rezeki sampingan dengan menjual makanan ringan atau jajan ‘lejen’.

Nenek kepada lapan cucu, Rodziah Mat Piah, 63, menggunakan TikTok bukan saja untuk mendengar ceramah agama dan perkembangan berita sesama, malah turut menjual gula-gula dan keropok zaman 80-an dan 90-an sejak dua tahun lalu.

Dia menjual 13 jenis gula-gula, lima jenis keropok dan dua asam yang mana ia semua adalah jajan harian yang boleh dianggap ‘lejen’ namun kini masih mendapat sambutan hangat.

Rodziah yang mesra disapa opah oleh pengikutnya juga mendapat perhatian di TikTok apabila sering membuat penstriman langsung hampir setiap hari dan ada videonya turut meraih tiga juta tontonan.

Menurutnya, dia hanya melakukan usaha itu secara suka-suka kerana minat berniaga disamping mahu mencari pendapatan sampingannya keluarganya.

“Opah baru saja kembali ke TikTok selepas bercuti selama tujuh bulan kerana tulang pinggang patah apabila terjatuh ketika mengangkat almari dan kini keadaan semakin baik serta melakukan fisioterapi.

“Mulanya tak yakin nak jual namun tidak sangka jajan ini masih diingati dan ramai yang masih sukakannya.

“Opah buat penstriman langsung di TikTok hampir setiap hari dan selepas itu anak yang akan bantu menghantar bungkusan ke pejabat kurier,” kata ibu kepada empat anak itu ketika dihubungi.

Menurut Rodziah, dia kini sudah boleh berjalan tetapi perlu menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan lama dan jauh selain tidak boleh duduk lama.

Justeru katanya, masa terluang banyak diisi dengan penggunaan media sosial seperti TikTok yang mana ia bukan saja dimanfaatkan dengan pengisian pengajian ilmu agama semata-mata tetapi dia turut kembali berniaga dalam talian.

“Opah berpandangan penggunaan media sosial tak salah untuk semua usia tetapi mestilah sesuaikan dengan peringkat usia serta pengisiannya. Akaun sosial ini boleh beri kelebihan menjana pendapatan dan itu yang saya jadikan sebagai platform rezeki.

“Opah juga mahu memberi contoh yang kita boleh membuat sesuatu berfaedah dengan berniaga di media sosial biarpun dalam usia seperti ini selain turut menggunakannya untuk ilmu agama.

“Selain itu, Opah menggunakan hasil jualan untuk membantu seorang anak yang juga ibu tunggal, membayar yuran tahfiz untuk tiga anaknya yang juga cucu opah,” katanya memberitahu suami juga menyokong minatnya itu. HM

Opah jual jajan lejen di tiktok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker