Aizat Amdan beri ‘tazkirah’ tentang body shaming

Aizat Amdan beri tazkirah tentang body shaming

PENYANYI Aizat Amdan kesal apabila masih ada segelintir masyarakat di negara ini menjadikan isu ‘body shaming’ sebagai bahan jenaka.

Malah, Aizat atau Muhammad Aizat Amdan,34, juga antara mangsa ‘body shaming’ yang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya.



“Saya nak cakap yang ‘body shaming’ tak cool. Ikut fatwa pun ia adalah dosa. Jadi kenapa nak sebarkan dosa sampai semua orang pun terkena tempias ‘body shaming’?

“Sebelum ni saya ada buat satu persembahan festival yang dihadiri beribu-ribu orang tapi yang menjadi topik utama ialah tentang badan saya. Perkara itu memang buat saya rasa tak puas hati.

“Bukan senang sebenarnya nak tarik orang ramai pada zaman sekarang. Lagi-lagi ia dianjurkan oleh artis tempatan. Saya ingatkan itu yang akan jadi bualan tapi lain pula cerita yang keluar. Saya sedihlah,” katanya kepada URTV.

Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Indigital Music & FYP Music di Pusat Komunit Bukit Bandaraya, Bangsar, baru-baru ini.



Jelas Aizat, disebabkan itu jugalah dia jarang memuat naik sebarang perkongsian tentang perkembangan dirinya di media sosial.

“Isu ini macam awak boleh cakap “badan kau dah naik, muka kau dah hitam’. Perkara itu sebenarnya tak sedap untuk kita dengar.

“Pada mulanya saya tepis benda ini tapi ada satu masa saya luahkan pada isteri yang sebenarnya ia beri kesan pada saya. Itulah sebabnya kenapa saya tak ‘post’ banyak benda di media sosia,” ujarnya.

Tambah penyanyi Hingga Ke Hari Tua itu lagi, dia tidak bersetuju apabila ada netizen yang membuat perbandingan mengenai perubahan badannya ketika menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).



“Orang bandingkan saya sewaktu pertama kali keluar daripada AF5. Saya tak fahamlah…cuba tengok gambar saya yang lama dan buat perbandingan.

“Ya berat badan saya naik tapi sudah tentu saya kena ‘maintain’ dan saya rasa dah tentu ada naik dan turunnya.

“Saya tak tahulah kalau orang cakap ‘body shaming’ ni sebenarnya 10 tahun yang lepaslah. Yang penting saya nak beritahu pada semua yang saya sihat. Alhamdulillah…tiada penyakit kronik,” jelasnya.

Untuk rekod, Aizat mendirikan rumah tangga bersama Elyssa Alia Illias pada 14 Ogos 2022. Utv



Aizat Amdan beri tazkirah tentang body shaming

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)



Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun



Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker