Hafiz Mahamad penyumbang terakhir RM9 juta dana adik Naail


Hafiz Mahamad penyumbang terakhir RM9 juta dana adik Naail

Usahawan serta pempengaruh media sosial terkenal, Hafiz Mahamad merupakan individu terakhir sebagai penyumbang bagi melengkapkan jumlah RM9 juta yang diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail.

Menerusi perkongsian di Instagram milik ibu Naail sendiri, Raihan Aminz, dana sebanyak RM9 juta itu sudah mencukupi bagi adik Naail untuk menjalani rawatan suntikan Zolgensma.

Menerusi perkongsian ibu bayi tersebut, tertera nama Hafiz Mahamad serta seorang individu yang juga usahawan terkemuka dikenali Ayuni menjadi dua penderma terakhir bagi mencukupkan kutipan dana yang telah digerakkan oleh badan amal Misi Rakyat.



Hafiz Mahamad juga difahamkan turut menambah jumlah sumbangan yang digerakkan oleh Misi Rakyat itu buat seorang lagi pesakit dikenali adik Athif.

Terdahulu, pelakon terkenal, Fattah Amin telah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.



Sebelum ini, terdapat seorang pesakit (SMA) Type 1, Reese Tan Rui Xin berjaya sembuh selepas menerima suntikan Zolgensma bernilai lebih RM9 juta bagi mengubati penyakit genetik dialaminya.

Reese yang berusia 19 bulan, mendapatkan suntikan itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kutipan dana dilancarkan pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare akhir tahun lalu. K Online

Hafiz Mahamad penyumbang terakhir RM9 juta dana adik Naail

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker