Kekalahan memalukan skuad badminton wanita, Michelle letak jawatan CEO ABM

Michelle (kiri) melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM) ekoran kekalahan memalukan skuad wanita negara pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan susulan kekalahan memalukan skuad wanita negara kepada Filipina dalam acara berpasukan di Sukan SEA Kemboja 2023 semalam.

ABM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Michelle mengambil keputusan tersebut sebagai tanggungjawab akibat keputusan kurang memberangsangkan barisan pemain negara baru-baru ini.

Pada masa sama, badan induk badminton Malaysia itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Prestasi Tinggi ABM, Dr. Tim Jones turut dilepaskan daripada tugas tersebut dengan serta-merta.

“ABM mengesahkan, bagi mengambil tanggungjawab atas prestasi kurang memberangsangkan pemain-pemain Malaysia, Michelle Chai sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABM.



“Selain itu, ABM juga ingin memaklumkan Dr. Timothy John Jones, iaitu Pengarah Prestasi Tinggi ABM turut dilepaskan daripada tugas berkuatkuasa serta-merta,” kata ABM menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, dalam sidang akhbar yang diadakan di sebelah pagi, Michelle sudah memberi bayangan awal beliau sedia melepaskan jawatan tersebut selepas meluahkan kekecewaan terhadap kekalahan skuad badminton wanita negara di Sukan SEA.

Michelle yang memegang jawatan tersebut sejak Oktober tahun lalu turut menjelaskan, sekiranya kehadiran beliau bersama Jones serta Pengarah Kejurulatihan Perseorangan dan Beregu, Wong Choong Hann dan Rexy Mainaky tidak lagi memberikan impak, mereka sedia mengundurkan diri

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker