2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo akan dibicarakan

Pengalaman pahit 2 rakyat Malaysia yang dipenjara berasingan tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo mungkin berakhir susulan perbicaraan mereka dijangka bermula minggu depan.

Difahamkan Nazir Lep, 46, dan Farik Amin, 48, akan membuat pengakuan bersalah atas peranan mereka dalam serangan bom di Indonesia pada 2002 serta 2003.

Peguam Nazir Brian Bouffard berkata Mahkamah Tentera Amerika Syarikat telah mengesahkan tarikh perbicaraan mereka dijangka bermula dari Isnin ini hingga 2 Feb depan di Teluk Guantanamo.



“Nazir akan mengaku bersalah dan menerima tanggungjawab atas peranannya dalam kesalahan ini.

“Saya menjangkakan rayuan dan hukumannya akan berlaku mengikut jadual bulan ini,” kata Bouffard kepada FMT yang bagaimanapun enggan mendedahkan kemungkinan hukuman itu dan menyerahkannya kepada pihak mahkamah.

Bagaimanapun, pakar antikeganasan Ahmad El-Muhammady Uthman berkata ada kemungkinan Farik dan Nazir akan dihantar pulang ke Malaysia selepas hukuman itu dijatuhkan.

Menurutnya, perkembangan itu disifatkan penting kerana kedua-duanya telah dipenjara selama dua dekad, iaitu hukuman yang agak berat bagi mereka.



“Ia juga bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Oleh itu, membawa mereka ke mahkamah undang-undang adalah penting untuk menutup kes-kes berkenaan,” kata Ahmad, felo bersekutu di
Pusat Pencegahan Keganasan Antarabangsa di Hague.

Ahmad, yang bekerjasama rapat dengan Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri berkata kedua-dua mereka dicadangkan menjalani tahanan dua tahun lagi di bawah Akta Pencegahan Keganasan apabila kembali ke tanah air.

Beliau berkata kerajaan Malaysia sedang berhubung dengan pihak berkuasa AS untuk cuba menghantar pulang mereka bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di sini.

“Kedua-dua mereka bukan sahaja berada di bawah kurungan bersendirian sejak ditangkap pada 2003, mereka juga telah mengalami begitu banyak penyeksaan, yang diakui oleh pihak berkuasa AS.



“Saya tidak fikir ia adalah idea yang baik untuk melepaskan mereka kembali ke dalam masyarakat tanpa penilaian yang sewajarnya,” katanya menjelaskan saringan itu membabitkan psikologi, ideologi dan keselamatan.

Bouffard turut mengesahkan kes membabitkan Farik dan Nazir diasingkan daripada kes Hambali atau nama sebenarnya, yang akan melalui perbicaraan.

Kedua-dua rakyat itu Malaysia dan Hambali, dikatakan sebagai dalang serangan itu, telah ditahan sejak ditangkap di Thailand pada 2003.

Mereka pertama kali didakwa pada 2018 atas sembilan kesalahan yang dikaitkan dengan pengeboman kelab malam 2002 di Bali, yang mengorbankan 202 orang, dan 11 kematian dalam pengeboman Hotel
Marriott di Jakarta berlaku setahun kemudiannya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker