Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat

Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat

Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Seramai 300 anak-anak yang menetap di sekitar kawasan Seputeh menerima manfaat menerusi Program ‘Back to School’ anjuran UMNO Bahagian Seputeh yang berlangsung di Kompleks Tun Abdul Ghafar Baba, Jalan Kuchai Lama, baru-baru ini.

Program tahunan itu disempurnakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan parti membantu meringankan beban ibu bapa khususnya dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Menurut Mohd Razlan, penganjuran program tersebut bukan sekadar menyampaikan sumbangan keperluan persekolahan, malah mencerminkan keprihatinan UMNO terhadap kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.

“Program Back to School ini merupakan acara tahunan UMNO Seputeh yang kita teruskan sebagai tanda komitmen dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Kita faham tekanan yang dihadapi ibu bapa, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi mencabar,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar bantuan yang disalurkan itu dapat sedikit sebanyak membantu keluarga terlibat serta memberi semangat kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan ceria.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Lamag, Kinabatangan: Semoga Kemenangan Kepada Calon Kita – Ahmad Zahid


“Saya juga berharap agar anak-anak ini tidak melupakan jasa dan keprihatinan yang ditunjukkan. Doakan UMNO agar suatu hari nanti dapat kembali menerajui negara demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat, insya-Allah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mohd Razlan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program berkenaan.

Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat

“Terima kasih kepada para penyumbang, sukarelawan dan seluruh urusetia, khususnya Biro Pendidikan UMNO Seputeh, yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Tegasnya lagi, Program Back to School UMNO Seputeh ini adalah salah satu inisiatif berterusan parti dalam mendekati rakyat, sekali gus memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan masyarakat setempat melalui pendekatan kebajikan dan pendidikan. – UMNO Online

Program ‘Back To School’ UMNO Seputeh Bantu Ringankan Beban 300 Anak-Anak Setempat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Perlu Skeptikal Perjuang Agama, Bangsa Dan Negara

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker