Guan Eng tidak boleh jadi KM Pulau Pinang lagi – Chow

Guan Eng tidak boleh jadi KM Pulau Pinang lagi – Chow

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak boleh dilantik semula ke jawatan sama.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata Perkara 7 Fasal 2 (a)(ii) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan Ketua Menteri hendaklah dilantik dalam kalangan individu yang tidak pernah pada bila-bila masa memegang jawatan itu bagi dua penggal.



“Undang-undang itu jelas dan ia bukan sahaja mengikat saya pada masa hadapan tetapi (turut) mengikat mana-mana Ketua Menteri yang sudah berkhidmat selama dua penggal pada bila-bila masa.

“Peraturan utama dalam mentafsir Perlembagaan ialah apabila bahasa yang digunakan adalah jelas dan tiada pertimbangan luar perlu dirujuk untuk membantu mencari maksud dalam mentafsir Perlembagaan itu.

“Ini kesimpulan yang boleh kita sampaikan kepada rakyat atau pihak yang tidak pasti dan kita pun selalu mendapat pertanyaan mengenai isu ini,” katanya dalam sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.

Rabu lalu, sebuah portal berita menyiarkan laporan antara lain mendakwa kemungkinan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilantik semula menerajui pentadbiran Pulau Pinang, namun laporan berkenaan ditarik balik pada hari sama.



Susulan itu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Guan Eng selaku ADUN Air Putih yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan negeri, menafikan terbabit dalam desakan menyekat Kon Yeow sebagai Ketua Menteri selepas pilihan raya negeri (PRN).

Kon Yeow berkata, isu yang ditimbulkan itu memberi kesempatan baginya menjelaskan kedudukan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2019.

“Saya harap jawapan pandangan dari sudut perundangan ini akan memberi pencerahan kepada mereka yang mungkin tidak begitu jelas mengenainya dan menjadi pendidikan politik kepada rakyat yang berminat dengan isu ini,” katanya. BH

Guan Eng tidak boleh jadi KM Pulau Pinang lagi – Chow



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker