Hadi kata Mahathir banyak berkhilaf dengan Pas

Walaupun Mahathir banyak berkhilaf dengan Pas, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam”.

Demikian kata-kata yang dikongsikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Katanya, titik persefahaman dengan bekas perdana menteri itu wajib diambil kira untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu selain membangunkan politik bersih di negara ini.



Terdahulu, Abdul Hadi antara pemimpin Pas yang dilaporkan menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diterajui Mahathir ketika bertemu dengan Pengerusi Gerakan Tanah Air itu di rumahnya kelmarin.

Menurut beliau, perbincangan antara lain menyentuh wajibnya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia dan majoriti masyarakat majmuk.

Jelasnya, perpaduan bangsa Melayu yang menjadi tonggak Islam dalam negara ini wajib dilaksanakan bagi mengukuhkan kekuatan Islam.

“Pas menyeru para pemimpin Melayu Islam untuk menyatukan kaumnya bukan kerana rasis, tetapi meletakkan kuasa politik ke landasan yang betul dalam keadaan kaum Melayu tidak fanatik perkauman.



“Kalau dibiarkan, Melayu akan bertindak salah juga dengan semangat fanatik perkauman yang berlaku secara automatik tanpa dikawal,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker