Angka 126 bukan spekulasi – Muhammad Faiz

Angka 126 bukan spekulasi – Muhammad Faiz

Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah mengetahui mengenai gerakan bagi menumbangkan kerajaan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Beliau turut memberikan bayangan gerakan itu bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai çyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya. Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya.

Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuatnaik beliau semalam berhubung angka 126.

Ia apabila Muhammad Faiz memuatnaik stutus di Facebooknya semalam dengan ‘126 dah…jika benar Alhamdulillah’.

Hantaran itu dikaitkan dengan jumlah sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang kini sebanyak 126 kerusi.

“Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut i have the numbers.

“Adakah salah saya sebut 126?” soalnya di Facebook.

Perdana Menteri pada Isnin lepas menyifatkan desas-desus mengenai komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas sama sekali.

Malah semalam Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan turut menafi dakwaan sesetengah pihak bahawa ada Ahli Parlimen BN terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan. MG

Angka 126 bukan spekulasi – Muhammad Faiz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker