Guru besar ditahan minta rasuah dari pengusaha kantin
Guru besar ditahan minta rasuah dari pengusaha kantin
Seorang guru besar di sebuah sekolah di Kluang, Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM10,000 daripada pengusaha kantin pada tahun lalu.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, guru besar berusia 56 tahun ditahan selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Katanya, guru besar itu disiasat kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama.
“Rasuah itu sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
FMT
Guru besar ditahan minta rasuah dari pengusaha kantin
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
- Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar
- Sandiwara politik pengecut – Johari
- Bayi dilahirkan dengan dua zakar
- Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
- Bagaimana mahu ampun jika kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”
- Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
- Hattan terima ugutan bunuh dan santau
- Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan
- “Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan
- Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.