Saya pun dibodek Noh Omar – Isham
Saya pun dibodek Noh Omar – Isham
Membalas kritikan Noh Omar, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil mendakwa bekas ketua Umno Selangor itu sebenarnya kaki bodek untuk mendapatkan jawatan.
Jelas Isham, Noh pernah untuk membodek bekas perdana menteri Najib Razak semata-mata untuk menjadi menteri kabinet.
Bahkan kata Isham, dia yang ketika bekerja dengan Najib turut dibodek Noh semata-mata bagi mendapatkan jawatan.
“Semalam Noh Omar kata orang Umno kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar.
“Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib, dan sampai saya pun dia (Noh Omar) bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri (PMO),” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu hari ini, BH melaporkan yang bekas ahli parlimen Tanjung Karang itu mendakwa Umno kini hanya ditunjangi oleh kaki bodek dalam parti itu yang tewas dalam pemilihan parti.
Dengan memetik nama dua ahli MKT Umno, Isham dan Lokman Adam yang tewas dalam pemilihan bahagian, Noh berkata bagaimana pemimpin ini boleh bercakap mengenai suara akar umbi.
Noh turut mengesahkan yang dia akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Isham mengingatkan Noh bahawa Umno yang mengangkatnya sebagai wakil rakyat parti itu.
Bahkan Isham mengingatkan Noh bahawa Umno yang banyak berjasa kepadanya sehingga mencapai kedudukannya kini.
“Dulu Umno yang angkat dia (Noh Omar) sebagai wakil rakyat sehingga jadi menteri. Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat dari Umno dia sudah mula kutuk dan caci Umno umpama kacang lupakan kulit. Hanya kerana dia ingin bertanding pilihan raya lawan Umno.
“Saya ingin ingatkan Noh, Umno banyak berjasa kepada kamu, jangan lupa itu,” katanya lagi. Mk
Saya pun dibodek Noh Omar – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
- Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar
- Sandiwara politik pengecut – Johari
- Bayi dilahirkan dengan dua zakar
- Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
- Bagaimana mahu ampun jika kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”
- Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
- Hattan terima ugutan bunuh dan santau
- Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan
- “Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan
- Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….
You must be logged in to post a comment.