Noorkhiriah segan dipuji sediakan khidmat pengurusan jenazah percuma

Noorkhiriah segan dipuji sediakan khidmat pengurusan jenazah percuma

PELAKON, Nur Khiriah dan suaminya, Azfaizul Ahtan menubuhkan pertubuhan sukarelawan iaitu Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang menyediakan perkhidmatan percuma bagi pengurusan jenazah.

Usaha yang dilakukan Noorkhiriah itu terus mendapat sokongan dan pujian daripada warganet yang kagum dengan kebaikannya.



Meninjau di Insta Story milik Noorkhiriah, dia berasa janggal dan serba salah apabila menerima jutaan pujian daripada netizen apabila memuat naik foto tentang pengurusan jenazah itu.

“Assalamualaikum. Kadang-kadang terbit serba salah bila tiap kali akak ‘post’ tentang pengurusan jenazah. Mohon jangan dipuji usaha ini. Semua, suami dan pasukan akak yang uruskan.

“Tugasan akak cuma menguar-nguarkan sebab mungkin ada yang belum tahu mengenai Pertubuhan Amal Nur by Khiriah ini percuma buat semua,” tulisnya.


Baca Artikel Menarik:

Ruffedge bergabung semula untuk konsert



 

Tambahnya, dia bersyukur atas sumbangan orang ramai dan meminta supaya netizen sentiasa mendoakan yang terbaik atas apa yang diusahakan itu demi kemudahan masyarakat.

“Ini percuma buat semua. Waima sepuluh sen. Itu memang niat akak dan suami masa mula-mula tubuhkan.



“Syukur, rakyat Malaysia berhati mulia. Dengan sumbangan kalian, kami mampu pergi sejauh ini.

“Yang akak perlukan doa semoga dipermudahkan Allah. Bukan pujian ya dik. Akak takut,” jelasnya. Utv

Noorkhiriah segan dipuji sediakan khidmat pengurusan jenazah percuma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker