Kes lelaki serang Kamal Adli ditangguh mahkamah Singapura
Kes lelaki serang Kamal Adli ditangguh mahkamah Singapura
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon, Kamal Adli.
Hakim Daerah, Ong Hian Sun turut mengekalkan perintah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Pada 4 April, mahkamah bersetuju terhadap permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan penangguhan kes selama empat minggu sehingga hari ini.
Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu untuk pemerhatian psikiatri.
Jika sabit kesalahan terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.
Pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam, Polis Singapura dimaklumkan mengenai suspek didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive di sini. Baton itu dirampas oleh polis sebagai barang bukti kes.
Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.
Kamal dan isterinya Uqasha Senrose, berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura ketika kejadian itu berlaku di penghujung acara. BH
Kes lelaki serang Kamal Adli ditangguh mahkamah Singapura
Baca Artikel Menarik:
- Netizen Sebak Baca Ucapan Terakhir Meerqeen
- Baik, buruk dia suami saya – isteri Hattan
- Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan
- Takiyuddin, Hamzah jumpa Anwar
- Sandiwara politik pengecut – Johari
- Bayi dilahirkan dengan dua zakar
- Ashraf Muslim Sambut Raya Bersama Dua Isteri, Ini Respon Netizen
- Bagaimana mahu ampun jika kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan
- Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”
- Ibu bapa anggap MRSM dan SBP jamin masa depan anak-anak
- Hattan terima ugutan bunuh dan santau
- Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan
- “Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan
- Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….