Kacau minuman pelanggan guna tangan, hotel teruk dikecam netizen

Pekerja menggunakan tangan kosong untuk mengacau air tersebut. – Oddity Central

Sebuah hotel popular di Jepun membuat permohonan maaf terbuka selepas tindakan pekerjanya merendam tangan ke dalam minuman citrus menerima banyak kecaman, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Hotel AWA Nishiizu di Numazu, wilayah Shizuoka, dikecam  kerana merisikokan kesihatan pelanggan dengan melanggar peraturan kebersihan.

Pada 23 April lalu, program televisyen tempatan, Beat Takeshi’s TV Tackle mendedahkan bahawa ramuan berwarna oren yang disimpan di dalam balang plastik di kafe hotel tersebut sebenarnya sirap diperbuat daripada limau mandarin yang diperah serta gula.

Namun, rahsia  bahan tersebut adalah proses penapaian yang menggunakan bakteria daripada tangan manusia.



Menurut seorang kakitangan yang ditemu ramah, sirap tersebut ditapai dengan bantuan bakteria yang hidup pada tangan manusia, justeru, mereka menggunakan tangan kosong untuk mengacau air tersebut.

Seorang kakitangan lain kemudian menjelaskan bahawa sirap tersebut biasanya dicampur dengan air dan soda untuk menghasilkan ‘minuman kesihatan’. Ia biasanya diminum kira-kira 15 minit sebelum mandi untuk mendapatkan kesan detoks.

“Terdapat Staphylococcus aureus dan bakteria lain yang biasanya hidup pada tangan kita, ia boleh menyebabkan keracunan makanan,” kata seorang pengguna Twitter.

Selepas insiden itu menjadi kontroversi, pengendali Hotel AWA Nishiizu membuat permohonan maaf dan memberitahu bahawa minuman tersebut tidak lagi dihidangkan di hotel tersebut. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker