Bincang 15 kerusi Melayu di P.Pinang, BN dan PH ikrar elak pertembungan

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mencapai persetujuan secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada PRN Pulau Pinang tidak lama lagi.

Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow, berkata rundingan PH-BN diadakan semalam hanya menumpukan kepada 15 kerusi pengundi majoriti Melayu dan menerusi rundingan itu, beberapa persetujuan dicapai.

“Antara persetujuan yang penting adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk elak pertembungan calon-calon pada PRN dan semua harus pastikan PH menang besar pada PRN nanti,” katanya kepada pemberita.



Beliau berkata disebabkan rundingan hanya kepada kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu, jadi BN diwakili Umno dan BN juga setuju akan menguruskan isu-isu dalaman termasuk dengan komponen parti lain dalam BN.

Chow berkata walaupun kedua-dua pihak mempersetujui dengan prinsip bahawa penyandang akan diberi peluang untuk mempertahankan kerusi namun pada masa sama, PH-BN juga bersetuju akan memberi pertimbangan dengan kriteria dan prinsip yang lain sekiranya perlu.

“Runding pertama kali PH-BN ini adalah hanya fokus kepada kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu sahaja… jadi akan ada banyak lagi perbincangan antara kedua-dua pihak sebelum PRN nanti. Semua perkara yang dipersetujui dalam rundingan akan dibawa balik kepada parti-parti masing-masing untuk diperhalusi,” katanya.

Beliau berkata semua kerusi akan direbut oleh PH-BN masih belum dimuktamadkan dan perbincangan antara kedua-dua pihak akan diteruskan.



Mesyuarat PH-BN semalam dihadiri oleh Chow, Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Timbalan pengerusi II PH negeri Roslan Ahmad; Setiausaha PH negeri Lim Hui Ying; Bendahari PH negeri Goh Choon Aik dan Pengarah Komunikasi dan Penerangan PH negeri Zaidi Zakaria manakala BN diwakili Ketua Umno negeri Musa Sheikh Fadzir; Timbalannya Shaik Hussein Mydin; Setiausaha Shah Headan Ayoob Hussain Shah; Bendahari Jeffri Salim; Setiausaha BN Pulau Pinang Omar Faudzar dan Pengerusi Jabatan Pilihan Raya Umno Malaysia Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai permintaan parti-parti untuk kerusi yang akan ditandingi, Chow berkata apa-apa yang diminta masih lagi terlalu awal untuk didedahkan lagi dan rundingan dalam masih berjalan.

“Rundingan semalam yang berlangsung selama sejam berjalan lancar dan aman… jadi saya telah diberi mandat untuk mengumumkan mengenai perbincangan semalam dan saya berharap rundingan sedemikian akan lebih kerap dilakukan dalam masa terdekat sehingga PRN,” katanya.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada PRU14, PH memenangi 37 kerusi, termasuk dua kerusi DUN daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH manakala masing-masing dua dan satu kerusi dimenangi BN dan PAS.



Pada PRU15 lalu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN, namun media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri itu mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai pembubaran DUN masing-masing adalah dalam dua minggu terakhir Jun.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker