Merokok di kedai makan, lelaki berang kerana ditegur remaja [VIDEO]

 

SHAH ALAM: Perbuatan seorang lelaki yang berang ditegur seorang remaja lelaki ekoran didakwa merokok di sebuah kedai makan tular di media sosial sejak Ahad.

Seorang pengguna Twitter, bckupacc99 yang berkongsi video berdurasi 47 saat itu berkata, lelaki berbaju kemeja T berkolar tersebut ‘naik angin’ apabila ditegur perbuatannya itu.



Ujarnya, lelaki yang sudah berumur berkenaan mendatanginya di meja makan sebelum dia dimarahi selain turut mempersoalkan tindakan menegurnya.

“Awak ni pegawai apa? Pekerja kat kedai ni pun tak berani nak tegur sayalah,” kata lelaki tersebut sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.

Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan seorang lagi individu di lokasi kejadian bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Kata remaja terbabit, dia membuat teguran itu kerana tidak mahu membahayakan kesihatan orang sekeliling kerana kemungkinan adanya bayi di dalam restoran berkenaan.



Video berkenaan tular di aplikasi Twitter sehingga mendapat lebih 814,000 tontonan 8,435 ulang ciap dan 11,300 tanda suka.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan ditwitternya berkata, pihaknya mengambil maklum akan kejadian itu dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan remaja tersebut. -Sinar Harian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker