Polis cekup warga Australia ludah imam

Satu rakaman video menunjukkan seorang warga asing mendekati seorang imam sebelum meludah ke mukanya di Masjid Al Muhajir, Bandung semalam. – Foto [email protected]

JAKARTA – Seorang warga Australia yang marah dan ludah imam sebuah masjid di Bandung akhirnya ditangkap polis di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta ketika hendak menaiki penerbangan pulang ke negaranya hari ini, lapor portal berita Tribunnews.com.

Ketua Polis Bandung, Budi Sartono berkata, suspek diberkas kurang 24 jam selepas melakukan perbuatan tersebut.

“Alhamdulillah, kami dapat bantuan ketua imigresen Soekarno Hatta. Ternyata sudah mahu berangkat ke negaranya sehingga kami berkoordinasi untuk melakukan penangguhan sementara yang bersangkutan agar dia ditahan terlebih dahulu untuk memberi keterangan,” kata Budi hari ini.

Menurutnya, tidak lama selepas video warga asing itu meludah seorang imam masjid menjadi tular, pemburuan suspek bermula pada pukul 1 pagi (waktu tempatan) tadi dan akhirnya pihak berkuasa berjaya menahannya di lapangan terbang tersebut.



Semalam Imam Masjid Al-Muhajir, M Basri Anwar di Bandung diludah pada mukanya oleh seorang warga Australia selepas dia berasa terganggu dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan dan berkumandang melalui pembesar suara. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker