Penunggang motosikal maut dilanggar kenderaan masuk simpang

Seorang penunggang motosikal maut apabila dilanggar kenderaan yang maut persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir petang tad

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang masuk persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, di sini, petang semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Razif Idris, 37, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dari arah Taman Jemapoh Indah menghala ke Taman Jemapoh Lama.

“Manakala motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Felda Raja Alias menghala ke Melang.



“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa motosikal sedang bergerak terus, tiba-tiba kereta telah masuk ke simpang kanan arah ke Taman Jemapoh Lama secara mengejut dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Amran, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Penangkutan Jalan 1987

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker