Mengamuk, mabuk, berbogel di Aceh, warga Australia bakal disebat
Seorang pelancong Australia yang berdepan hukuman sebatan selepas mengamuk dalam keadaan mabuk dan berbogel di sebuah kampung dalam wilayah Acheh mendakwa dia berasa hampir dirasuk ketika itu, lapor agensi berita United Press International (UPI).
Bodhi Mani Risby-Jones, 23, dari Noosa, ditahan Khamis lalu di Pulau Simeulue di luar pantai Sumatera di Indonesia.
Risby-Jones didakwa berlari dalam keadaan bogel melalui sebuah kampung berhampiran Lantik Moon Beach Resort dengan mengejar dan memukul penduduk tempatan.
Dia juga didakwa telah mencederakan nelayan tempatan, Edi Ron dengan menolak sebuah motosikal ke arah mangsa, menyebabkan lelaki tersebut menerima 50 jahitan dan mengalami patah tulang.
Isteri Edi, Eri Saljuana melaporkan Risby-Jones kepada polis dan dia mengugut mahu membakar resort itu.
“Kepada semua yang telah saya kasari dan sakitkan hati, saya benar-benar minta maaf, mohon maafkan saya,” kata Risby-Jones dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarganya. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof
You must be logged in to post a comment.