BN, PH Terengganu belum muktamad agihan kerusi PRN

BN, PH Terengganu belum muktamad agihan kerusi PRN

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu masih belum memuktamadkan agihan kerusi bagi PRN.

Berita Harian melaporkan Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said berkata, proses perbincangan antara pemimpin kedua-dua parti, termasuk jumlah kerusi yang akan diserahkan kepada PH, masih berjalan.



“Kita masih dalam proses perbincangan dengan pemimpin PH negeri dan jumlah kerusi pun belum diputuskan,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Umno Kuala Terengganu semalam.

“Walaupun PRN dijangka diadakan Julai ini, tetapi proses perbincangan dan pengagihan kerusi akan dimuktamadkan sebelum itu.”

Pada PRU14, BN hanya memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu, manakala bakinya, iaitu 22 lagi kerusi dimenangi PAS.

Kerusi DUN dimenangi BN terdiri daripada Kuala Besut, Hulu Besut, Jertih, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal. FMT



BN, PH Terengganu belum muktamad agihan kerusi PRN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker