Umno sasar rampas Parlimen Pasir Salak, 2 DUN – Zahid

Umno sasar rampas Parlimen Pasir Salak, 2 DUN – Zahid

PASIR SALAK: Umno menyasarkan merampas semula Pasir Salak dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu pada PRU16, kata Zahid Hamidi.

“Saya harap dalam PRU16 nanti atau (apabila) kita ada pilihan raya negeri Perak nanti, kita mahu rampas kerusi dua Dewan Undangan Negeri di Pasir Salak, malah Insya-Allah kita juga akan rampas semula kerusi Parlimen Pasir Salak,” kata presiden Umno itu.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Pasir Salak, di Kampong Gajah, yang turut dihadiri Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Kawasan Parlimen Pasir Salak dan dua DUN bawahnya kini disandang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) iaitu Jamaludin Yahya (Parlimen Pasir Salak), Zainol Fadzi Paharudin (DUN Sungai Manik) dan Zafarulazhan Zan (DUN Kampong Gajah).

Sementara itu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri merangkap menteri kemajuan desa dan wilayah turut mengumumkan jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop bakal dibuka untuk pengguna, pada 31 Mei ini.

“Saya ingin mengesahkan dan saya mengumumkan di Pasir Salak ini, ‘by hook or by crook’ (dengan apa cara sekalipun) 31 Mei wajib orang Pasir Salak dan Bagan Datuk menyeberang memakai jambatan baharu itu.



“Jadi, saya harap pembangunan seperti itu kita manfaatkan untuk bukan sahaja dari segi infrastruktur, tetapi yang penting ialah pembangunan ekonomi Kampong Gajah dan kawasan Parlimen Pasir Salak serta penduduk dan kawasan Parlimen Bagan Datuk akan dapat dibangunkan,” katanya.

Pada 11 April, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan memaklumkan pembukaan jalan dan jambatan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop yang dijadual menjelang Aidilfitri ini ditunda ke penghujung Mei ini. FMT

Umno sasar rampas Parlimen Pasir Salak, 2 DUN – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker