Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

KUALA LUMPUR: Selepas 16 tahun menduda, pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, terbuka hati menyunting Angeline Tan, 56, yang dikenalinya sejak era sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada 1990-an, sebagai teman hidup.

Sabri yang bersyukur anak-anak merestui perhubungan mereka, mengaku mula mendekati Angeline ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga tahun lalu.

“Kami sebenarnya sudah lama tidak berjumpa dan kembali berhubung tiga tahun lalu. Kami bertanya khabar dan dari situ, kami kembali rapat.

“Dari awal berkawan, saya beritahu Angeline tujuan berkawan adalah untuk jadikan dirinya sebagai isteri.

“Tetapi saya tak paksa dia peluk Islam, sebaliknya saya mahu Angeline ambil masa untuk fikirkan keputusan semasak-masaknya.

“Angeline akhirnya memeluk Islam pada 26 September lalu,” katanya kepada BH Online.

Sabri dan Angeline dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza, pagi tadi.

Pada majlis ringkas itu, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas. Pasangan itu tampil menggayakan persalinan sedondon rona putih.

Majlis pernikahan Sabri dan Angeline turut disiarkan melalui siaran langsung Facebook (FB) dan tular.

Pasangan itu pertama kali berlakon bersama pada 1992 menerusi drama Pak Din KK.

Ditanya apakah keistimewaan dimiliki Angeline sehingga terbuka hati untuk berumah tangga, Sabri berkata, Angeline sangat mengambil berat dan memiliki semangat setiakawan yang tinggi.

“Jika saya demam atau tak sihat, dialah orang pertama ambil tahu,” katanya.

Berkongsi penerimaan anak-anak dan keluarga, Sabri bersyukur anak-anak merestui pilihannya kerana mengenali ibu tiri mereka sejak kecil.

“Sebelum ini, ada beberapa calon yang mereka tidak berkenan. Tetapi apabila saya beritahu berkawan dengan Angeline, mereka terus bersetuju.

“Dua anak Angeline juga merestui hubungan kami. Saya pernah berjumpa dengan mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak dapat hadir hari ini. Seorang berada di London, United Kingdom (UK) dan seorang lagi bekerja.

“Namun, dua adik dan bapa saudara Angeline datang pada majlis pernikahan kami,” katanya.

Ditanya perancangan selepas ini, Sabri berkata, mereka tiada cadangan menganjurkan majlis resepsi atau berbulan madu.

“Rasanya cukuplah majlis pernikahan ini. Bulan madu pun rasanya tiada kerana ia bukan budaya kita.

“Alhamdulillah, Angeline juga ada pendapat yang sama dengan saya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai foto isterinya berhijab, baru-baru ini, Sabri menjelaskan Angeline berhijab untuk menjayakan watak atau menghadiri majlis tertentu.

“Setakat ini, Angeline belum berhijab sepenuhnya. Saya tak hendak memaksa. Dalam hal ini, biarlah dia terbuka hati dengan sendirinya,” katanya.

Sabri dan Angeline mula meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker