Lelaki maut motosikal bertembung kereta

Keadaan motosikal Hasruleffandy Hasim yang bertembung dengan Proton Iswara menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Lipis dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Sungai Koyan ke Kuala Lipis di Lipis, Pahang. – FOTO/IHSAN IPD LIPIS

LIPIS: Seorang penunggang motosikal berusia 43 tahun maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 22, Jalan Sungai Koyan ke Kuala Lipis hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.45 pagi, mangsa, Hasruleffandy Hasim dari Felda Jengka 16, Bandar Pusat yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia di Hospital Lipis akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Iswara yang dipandu Johari Mohamed, 49, seorang operator lombong dari Felda Sungai Koyan Satu bersama isterinya dalam perjalanan menghala ke arah Kuala Lipis.

“Hasruleffandy dari arah Kuala Lipis gagal mengawal kenderaannya ketika melalui sebuah selekoh lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta tersebut.



“Mangsa cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut manakala pemandu kereta dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Lipis kira-kira pukul 2 petang.

“Kes kemalangan ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker