Shahidan mahu bantu PN tawan Selangor

Shahidan mahu bantu PN tawan Selangor

Dikatakan sudah turun ke Semenyih beberapa kali, bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim memberi bayangan dia mungkin dilibatkan dalan perencanaan PN memenangi pilihan raya negeri (PRN) di Selangor tidak lama lagi.

Pun begitu Shahidan dipetik sebagai berkata dia tidak mempunyai sebarang agenda merebut apa-apa jawatan namun sedia menggunakan pengaruhnya untuk membina “gelombang yang dahsyat” buat PN di negeri terbabit.

Bahkan menurut Shahidan dia tidak perlu berebut jawatan di Selangor kerana dia sebelum ini sudah merasa menjadi “pemimpin besar” di negara ini.

“Kalau (pucuk pimpinan) PN memerlukan saya bertanding, saya akan lawan tetapi PN mesti kuasai semua negeri ini (Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan jika sumbangan saya dapat mewujudkan gelombang yang ‘dahsyat’ apa salahnya.

“Namun begitu, sekiranya saya bertanding pun, bukan niat saya hendak pegang jawatan tetapi niat hendak pastikan PN menang.

“Terus terang saya katakan bahawa, saya tak perlu berebut jawatan dengan siapa kerana satu ketika saya sendiri pernah menjadi pemimpin besar,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Selangor bakal membubarkan dewan undangan negeri (DUN) – atau terbubar dengan sendirinya – tidak lama lagi bagi membolehkan PRN diadakan selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Terserah kepada pemimpin

Turut berdepan PRN ialah Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Kelantan dan Terengganu kini ditadbir PAS manakala yang lain-lain dipimpin oleh PH sejak PRU ke-14 yang berlangsung pada 2018.

Semua negeri terbabit tidak membubarkan DUN masing-masing pada 2022 apabila PRU ke-15 diadakan.

Selain pernah menjadi menteri besar, Shahidan merupakan bekas menteri dan anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno sebelum digugurkan daripada menjadi calon parti tersebut pada 2022.

Dia kemudian menyertai PAS dan menjadi calon PN pada tahun lalu.

Kata Shahidan dia juga akan mengajak dua bekas ahli Umno yang dipecat parti itu untuk bersamanya iaitu Noh Omar dan Khairy Jamaluddin.

Dakwa Shahidan kedua-dua tokoh terbabit sejak dulu sudah memberi bayangan untuk menyertainya dalam PN.

Pun begitu buat permulaan, kata Shahidan, dia akan mengajak Noh serta Khairy untuk menjadi penyokong PN kerana sokongan moral mereka dianggap penting dalam usaha menguasai Selangor.

“Dari dahulu mereka kata nak bersama saya tetapi atas sebab tertentu mereka tidak dapat bersama, malah KJ pun pernah bertanding di Selangor namun sekiranya mereka hendak bertanding juga, terpulang tetapi harus pastikan PN tetap terbaik pada akhirnya,” katanya.

Semenyih merupakan kubu buat Umno-BN sehinggalah PH merampasnya dalam PRU ke-14 pada 2018. Bagaimanapun kemenangan itu dicapai melalui calon Bersatu – yang ketika itu menjadi komponen PH – iaitu Bakhtiar Mohd Nor dengan majoriti 8,964 undi.

Bagaimanapun pilihan raya kecil (PRK) terpaksa diadakan di kerusi itu apabila Bakhtiar meninggal dunia 11 Jan 2019.

Dalam PRK yang diadakan pada 2 Mac tahun itu BN kembali merampas kerusi tersebut melalui calon mereka, Zakaria Hanafi dengan kelebihan 1,914 undi.

Mengikut daftar pengundi pada 2018 yang digunakan dalam PRK tersebut, kawasan DUN Semenyih mempunyai 54,503 orang pemilih berdaftar. Mk

Shahidan mahu bantu PN tawan Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker