Tragedi Aidilfitri: Kemalangan maut 2 Myvi, ibu meninggal kanak-kanak tercampak

KEADAAN Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang terbabit nahas di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Kampar hari ini.

KAMPAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 291.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini pagi tadi.

Nahas itu bagaimanapun mengorbankan ibu kanak-kanak terbabit, Norfadilah Ismail, 34, yang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan dalaman.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat nahas membabitkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi itu diterima pada pukul 8.10 pagi.

Katanya, dalam kemalangan itu, seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut manakala anak lelaki yang dipangkunya pula tercampak keluar dari kenderaan.



“Sebuah kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai melanggar belakang kereta dinaiki tiga beranak itu sebelum kenderaan berkenaan terbabas dan terbalik.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan ibu kanak-kanak itu maut manakala anaknya pula terselamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian tersebut bapa kanak-kanak berusia 36 tahun itu tidak cedera begitu juga pemandu yang terlibat dan tiga rakannya.

Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala anak lelakinya pula dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk pemeriksaan lanjut.



“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker