Lisa Surihani, Yusry bawa anak-anak beraya ke Manchester

Lisa Surihani, Yusry bawa anak-anak beraya ke Manchester

Pelakon Datin Lisa Surihani berangkat ke Manchester, United Kingdom (UK) bersama keluarga hari ini bagi menyambut Syawal bersama adik ipar, Edry Abd Halim yang bermastautin di negara itu.

Lisa mengambil peluang bercuti di UK berikutan suami, Datuk Yusry Abdul Halim mendapat pelepasan panjang pada Aidilfitri kali ini.

Namun, tambah Lisa, persiapan meraikan Syawal tidaklah dilakukan secara beria-ia, malah, hanya dua persalinan disediakan kali ini.

“Alhamdulillah suami dapat bercuti lama sedikit kali ini. Sebelum ini, suami habiskan masa yang panjang untuk menyempurnakan kerja.

“Jadi, sebaik suami mendapat cuti panjang, kami meneruskan perancangan melawat Edry,” katanya yang berpeluang menunaikan umrah pada dua minggu pertama Ramadan.

Berkongsi mengenai warna tema pada Hari Raya ini, Lisa menyerahkan kepada puteri sulung, Yahaira Leanne yang berusia lapan tahun dan suami untuk membuat pilihan.

“Untuk Syawal pertama, Yahaira pilih warna kuning cerah. Yusry pula mahu persalinan rona kelabu,” katanya yang bersederhana dalam berbelanja.

Lisa berkata, Edry pulang ke tanah air dua bulan lalu atas urusan promosi lagu baharu kumpulan Mojo. Namun, Edry tidak membawa isteri serta anak-anaknya.

“Pada awalnya, Edry merancang balik raya tetapi selepas Yusry memutuskan mahu ke UK, dia tunda dahulu kepulangan bersama keluarganya.

“Sambil membawa anak bercuti, kami juga mahu mereka merasai pengalaman beraya di negara orang,” katanya. BH

Lisa Surihani, Yusry bawa anak-anak beraya ke Manchester

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker